NAK WAJAH YANG CANTIK BERSERI-SERI? TAK TAHU NAK PILIH PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG YANG BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA DENGAN HARGA MAMPU MILIK?
BRASSIA lah jawapannya. BRASSIA merupakan produk tempatan yang diperkaya dengan Super Vitamin C dan juga alpha arbutin di mana kandungannya bukan sahaja sahaja setanding dengan jenama antarabangsa, bahkan juga bebas dari kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti paraben dan juga silikon. Ianya sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT.
PILIH PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG YANG BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA.
Ramai orang yang berlumba-lumba mahu memutih dan mencerahkan kulit, sehingga ada yang terjebak mencuba pebagai produk pemutih yang merbahaya. Kalau boleh nak putih secepat mungkin, tak kisahlah warna muka dan tangan jauh berbeza.
Nak mencerahkan kulit tidak salah. Namun, gunalah produk pemutih dari bahan semulajadi, tanpa bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit kita. Bayangkan, seumur hidup kulit kita memang gelap, tetapi dengan pengambilan produk pemutih tersebut kulit kita boleh menjadi putih mendadak dalam masa yang singkat?
Anda tak rasa ke macam ada sesuatu yang meragukan dalam kandungan produk pemutih tersebut?
Warna kulit manusia sangat bervariasi di antara satu sama lain. Dari warna coklat gelap di kalangan orang Afrika, orang asli Australia dan Melanesia; hinggalah ke warna kuning-kemerahan di kalangan Eropah Utara. Tiada orang yang benar-benar berwarna hitam, mahupun putih. Istilah tersebut hanyalah digunakan dalam perbualan harian.
Asasnya, warna kulit ditentukan oleh kehadiran sejenis pigmen yang dipanggil Melanin, yang dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 6 jenis genetik. Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah epidermis. Melanocytes akan menghasilkan enzim unik tyrosinase, yang menukarkan asid amino tyrosine kepada melanin. Glutathione merangsang penghasilan Pheomelanin, serta menghalang enzim tyrosinase dari meningkatkan paras Eumelanin. Jadi, apabila badan kita cukup Vitamin C, ia turut meningkatkan paras glutathione di dalam badan kita.
Pengambilan suplemen dos tinggi Vitamin C boleh membantu meningkatkan paras Gluthatione di dalam sel darah merah dan lymphocytes. Sel-sel badan kita mengandungi Glutathione, yang terhasil daripada 3 jenis Asid Amino iaitu Cysteine, Glutamate dan Glysine. Glutathione bertindak sebagai antioksidan di dalam badan kita, untuk melawan radikal bebas. Bekalan Glutathione di dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.
Kesimpulannya, Vitamin C dos tinggi (Super Vitamin C) sangat membantu meningkatkan kecerahan warna kulit. Manakala, suplemen Glutathione sahaja tidak memutihkan kulit.
Berikut adalah antara kebaikan Super vitamin C seperti yang terdapat di dalam BRASSIA skincare:
📷✅ Pelindung dari sinaran matahari Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
📷✅ Penghasilan kolagen Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
📷✅ Penyembuhan luka Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
📷✅ Melindungi dari perubahan warna kulit Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
📷✅ Membaiki tekstur kulit Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Produk BRASSIA didatangkan dengan satu set pek ekslusif yang mengandungi cleanser, toner, day cream dan juga night cream. Ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Atas permintaan ramai, terdapat juga cleanser BRASSIA (75ml) yang dijual secara berasingan.
Comments